MUHASABAH DIRI...
'Kita adalah kejadian yg sempurna tetapi apa yg kita lakukan selalunya tidak sempurna.'
Pandangan mata selalu menipu, pandangan akal selalu tersalah, pandangan
nafsu selalu melulu, dan pandangan hatilah yg hakiki, kalau hati itu
bersih.
Lahir satu tarikh tidak dapat dipinta, mati satu tarikh tidak dapat ditunda.
Bila mata bertemu mata akan mula rasa kasih, bila hati bertemu hati
akan mula rasa sayang. Tapi....bila dahi bertemu sejadah akan terasa
kebesaran Allah S.W.T
Menuntut ilmu adalah taqwa,
menyampaikan ilmu adalah ibadah,
mengulang-ulang ilmu adalah zikir,
mencari ilmu adalah jihad (Al-Ghazali) .
Setiap kesulitan itu akan bertambah apabila dihitung-hitung tetapi akan hilang apabila kita tidak menghiraukannya lagi.
Kalau kita berada di alam tabii yg indah, kita tidak terasa
keindahannya, bukan ertinya alam ini tidak indah, tapi jiwa kitalah yg
tidak indah.
Sesungguhnya mati jasad kerana roh, mati roh
kerana tiada ilmu, mati ilmu kerana tiada amal dan mati amal kerana
tiada istiqomah.
Kesedihan itu lumrah. Mengingatinya kembali
mungkin tidak akan mampu menyembunyikan luka hidup tetap menilainya
semula dengan mata hati berbeza mungkin mampu membuat diri meneruskan
hidup dengan tabah.
Ilmu adalah teras kepada ajaran ISLAM,
tanpa ilmu manusia akan terseleweng mengikut kehendak akal dan hawa
nafsu sehingga akhirnya agama dijadikan mainan.
Agama menjadi
sendi, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi runtuhlah hidup
dan kalau tidak berpenjaganya, binasalah hayat. Kerana orang yang
terhormat itu, kehormatannya itulah yang melarangnya berbuat jahat.
Inginkan mutiara selamilah lautan, inginkan bahagia tempuhilah
penderitaan, inginkan kejayaan relailah pengorbanan. Ketahuilah bahawa
setiap kepahitan itu sebenarnya terkandung seribu kemanisan.
"People wil forget what you said, people will forget you did, but people will never forget how you made them feel..."
Live needs sacrifice, sacrifice needs fight, fight needs courage,
courage needs confidence, confidence determine success, success lead us
to happiness.
Hidup memerlukan pengorbanan, pengorbanan
memerlukan perjuangan, perjuangan memerlukan kekuatan, kekuatan
memerlukan keyakinan, keyakinan menentukan kejayaan, kejayaan membawa
kebahagiaan.
Hidup tanpa cita-cita adalah mati dan cita-cita tanpa usaha adalah mimpi.
Ilmu penyuluh hati yg bersih, pengorbanan memerlukan usaha yg gigih,
natijahnya kejayaan bakal diraih, kutuman senyuman akan tersurih, berkat
doa kepada yang Maha Pengasih.
Diam merupakan sebuah keputusan
hukum, sebaik baik perkataan adalah yang sedikit namun dapat menjadi
petunjuk. Keselamatan seseorang terletak pada penjagaan lisannya, siapa
yang manis lisannya pasti akan ramai kawannya.
Yang lahir dari
hati adalah keikhlasan, yang datang dari akal adalah kewarasan.
Bersatulah hati dan akal, melawan nafsu yang bakal memusnahkan.
Harta yang paling indah adalah sabar, teman yang paling akrab adalah
amal, pengawal yang paling waspada adalah diam, bahasa yang paling manis
adalah senyum dan ibadah yang paling indah adalah kyusuk.
Malu
daripada lelaki adalah baik, tetapi daripada perempuan lebih baik.
Adil bagi setiap orang adalah baik, tetapi daripada pemerintah lebih
baik. Taubat daripada orang tua adalah baik, tetapi daripada pemuda
lebih baik. Dermawan daripa
da orang kaya adalah baik, tetapi daripada orang miskin lagi baik
" Tunjangkan resah mu di dada solat,
himpunkan peritmu digenggaman doa,
tutupi kekecewaan dgn taqwa,
dan nilailah kesucian dirimu melalui keikhlasan hati".
Hidupkan Rasa Bertuhan... Suburkan Rasa Kehambaan...
~bersyukur dgn apa yg ada, jujur dgn apa yg dirasa~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan