Selasa, 26 Jun 2012

MUHASABAH DIRI...



'Kita adalah kejadian yg sempurna tetapi apa yg kita lakukan selalunya tidak sempurna.'

Pandangan mata selalu menipu, pandangan akal selalu tersalah, pandangan nafsu selalu melulu, dan pandangan hatilah yg hakiki, kalau hati itu bersih.


Lahir satu tarikh tidak dapat dipinta, mati satu tarikh tidak dapat ditunda.


Bila mata bertemu mata akan mula rasa kasih, bila hati bertemu hati akan mula rasa sayang. Tapi....bila dahi bertemu sejadah akan terasa kebesaran Allah S.W.T


Menuntut ilmu adalah taqwa,

menyampaikan ilmu adalah ibadah,
mengulang-ulang ilmu adalah zikir,
mencari ilmu adalah jihad (Al-Ghazali) .

Setiap kesulitan itu akan bertambah apabila dihitung-hitung tetapi akan hilang apabila kita tidak menghiraukannya lagi.


Kalau kita berada di alam tabii yg indah, kita tidak terasa keindahannya, bukan ertinya alam ini tidak indah, tapi jiwa kitalah yg tidak indah.


Sesungguhnya mati jasad kerana roh, mati roh kerana tiada ilmu, mati ilmu kerana tiada amal dan mati amal kerana tiada istiqomah.


Kesedihan itu lumrah. Mengingatinya kembali mungkin tidak akan mampu menyembunyikan luka hidup tetap menilainya semula dengan mata hati berbeza mungkin mampu membuat diri meneruskan hidup dengan tabah.


Ilmu adalah teras kepada ajaran ISLAM, tanpa ilmu manusia akan terseleweng mengikut kehendak akal dan hawa nafsu sehingga akhirnya agama dijadikan mainan.


Agama menjadi sendi, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaganya, binasalah hayat. Kerana orang yang terhormat itu, kehormatannya itulah yang melarangnya berbuat jahat.


Inginkan mutiara selamilah lautan, inginkan bahagia tempuhilah penderitaan, inginkan kejayaan relailah pengorbanan. Ketahuilah bahawa setiap kepahitan itu sebenarnya terkandung seribu kemanisan.


"People wil forget what you said, people will forget you did, but people will never forget how you made them feel..."


Live needs sacrifice, sacrifice needs fight, fight needs courage, courage needs confidence, confidence determine success, success lead us to happiness.


Hidup memerlukan pengorbanan, pengorbanan memerlukan perjuangan, perjuangan memerlukan kekuatan, kekuatan memerlukan keyakinan, keyakinan menentukan kejayaan, kejayaan membawa kebahagiaan.


Hidup tanpa cita-cita adalah mati dan cita-cita tanpa usaha adalah mimpi.


Ilmu penyuluh hati yg bersih, pengorbanan memerlukan usaha yg gigih, natijahnya kejayaan bakal diraih, kutuman senyuman akan tersurih, berkat doa kepada yang Maha Pengasih.


Diam merupakan sebuah keputusan hukum, sebaik baik perkataan adalah yang sedikit namun dapat menjadi petunjuk. Keselamatan seseorang terletak pada penjagaan lisannya, siapa yang manis lisannya pasti akan ramai kawannya.


Yang lahir dari hati adalah keikhlasan, yang datang dari akal adalah kewarasan. Bersatulah hati dan akal, melawan nafsu yang bakal memusnahkan.


Harta yang paling indah adalah sabar, teman yang paling akrab adalah amal, pengawal yang paling waspada adalah diam, bahasa yang paling manis adalah senyum dan ibadah yang paling indah adalah kyusuk.


Malu daripada lelaki adalah baik, tetapi daripada perempuan lebih baik. Adil bagi setiap orang adalah baik, tetapi daripada pemerintah lebih baik. Taubat daripada orang tua adalah baik, tetapi daripada pemuda lebih baik. Dermawan daripa

da orang kaya adalah baik, tetapi daripada orang miskin lagi baik

" Tunjangkan resah mu di dada solat,

himpunkan peritmu digenggaman doa,
tutupi kekecewaan dgn taqwa,
dan nilailah kesucian dirimu melalui keikhlasan hati".

Hidupkan Rasa Bertuhan... Suburkan Rasa Kehambaan...


~bersyukur dgn apa yg ada, jujur dgn apa yg dirasa~

Renungan...

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila
masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara
menjadi kuat, negara luar jadi hormat. Apabila negara luar jadi
hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat,
pembangunan pun meningkat. Apabila pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. Apabila
tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula
mengubah tabiat. Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi
jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat,  orang tua pula nak mati
lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla
minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.

Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim
surat ..
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di
merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.

Di
sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.

Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa.
Sebarkanlah ini kepada ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan
sahabat handai kita agar masyarakat
kita akan menjadi sebuah masyarakat yang bukan sahaja maju dari segi
duniawi malah ukhrawi. Insya-Allah...Allahhuakbar! Allahhuakbar!
Allahhuakbar!)

Selasa, 7 Februari 2012

Salam Maulidur Rasul



Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.


Terdapat juga pelbagai nama disebut dalam bahasa lain bagi Maulidur Rasul.


Nama lain bagi Maulidur Rasul.
Nama Bahasa Maksud
Mawlid an-Nabī Arab "Kelahiran Nabi"
Milād an-Nabī Arab dan Urdu "Kelahiran Nabi"
Mevlid-i Şerif Turki "Kelahiran yang dirahmati"
Mevlud/Mevlid bahasa Bosnia "Kelahiran"
Mawlūd-e Sharīf Urdu dan Dari "Kelahiran yang dirahmati
Zadruz-e Payambar-e Akram Parsi "Kelahiran yang agung/yang dirahmati"
Eid al-Mawlid an-Nabawī Arab "Pesta kelahiran Nabi"
Eid-e-Milād-un-Nabī Urdu "Pesta kelahiran Nabi"
Mawlid en-Nabaoui Echarif Arab Algeria "Kelahiran Nabi yang dirahmati"
el Mūled (en-Nabawi)/Mūled en-Nabi Arab Mesir "Kelahiran (Nabi)/Kelahiran Nabi"
Yawm an-Nabī Arab "Hari Nabi"
Maulidur-Rasūl Melayu "Kelahiran pesuruh Allah"
Mulud Jawa "Kelahiran"
Maulid Nabi Indonesia "Kelahiran Nabi"
Maulud Nabi Malaysia "Kelahiran Nabi"
Maulidi Swahili -
Meeladu Nabi Sri Lanka, India Selatan dan Maldives "Kelahiran Nabi"
Gamou Wolof -
Nabi/Mahanabi Jayanti Sanskrit dan India "Kelahiran Nabi (yang agung)"























Jumaat, 29 Julai 2011

Salam Ramadahan..Semoga Ramadhan Tahun Ini Penuh dengan keberkatan...


Selasa, 5 Julai 2011

kek coklat


Satu lagi kek kegemaran ku..Kek coklat...time raya mesti buat..Sekali buat sampai 4 biji..adik2 ku suka sgt mkn kek ni..kek ni aku blajar dgn kakak aku masa aku duk rmh dia kat johor bharu..Kek ni pun senang gak nak buat..kat sini aku kongsi resepi buat kawan2 yg suka buat kek dan makan kek..

Bahan-bahan:
Bahan A:
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu bikarbonat
1 sudu serbuk penaik

Bahan B

1 cawan minyak jagung(mazola/daisy)
1 cawan susu cair
1 cawan air suam
2 biji telur
2 cawan gula halus
secubit garam halus

Cara-cara:
1. campurkan semua bahan B dan kacau sampai gula hancur..
2. Masukkan bahan A yang telah diayak sedikit demi sedikit sehingga sebati
3. tuang adunan ke dalam acuan kek yang telah di sapu dengan mentega dan ditabur sedikit tepung di dalamnyer..
4. bakar adunan kek dalam tempoh 35-40 minit..

Cadangan hidangan:
Boleh diletakkan coklat masakan yang dimask menggunakan kaedah 'double boiler' apabila kek sudah masak..
Caranya: Masak coklat masakan secukupnyer bersama dgn 1/2 cawan mentega atau mnyk jagung...

Isnin, 4 Julai 2011

Kek Batik...



Ni la kek kegemaranku..aku belajar buat pun tgk resipi dlm internet..first buat x sangka jadi lak..Masa jamuan tempat kerja aku bawa la kek ni..abis licin kekawan aku bedal..Dengan tupperware aku skali depa sapu..nasib baik bawa tupperware murah..hehehe..pahtu kekawan siap mitak resepi dari aku lak..jenuh aku nak salin resepi ni bagi kat depa..minggu lepas k.shidah kwn tmpt keja aku dulu sms aku mitak resepi dan cara2 nak buat kek ni...dah berenti keja pun ade lg kwn contact mitak resepi.Jenuh aku sms dia..berjela panjangnyer.60sen kredit aku melayang..hehehe..berkiranyer aku...masa aku blk kampung bulan lps aku bawa blk kek ni utk family aku kat kampung.. adik aku beriya2 nak blajar tp aku x sempat nak ajar...so, cara senang aku kongsi la resepi kek ni kat blog aku..kalu org mitak resepi lg aku suruh buka je blog aku..x payah la aku nak salin resepi atau sms berjela2..kan jimat masa dan kredit aku..hehehe..

Bahan-Bahan:
Bahan A :
1 ketul Buttercup
½ cawan gula halus
4 biji telur (kalau saiz besar boleh kurangkan)
Sedikit esen vanilla
Bahan B :
½ tin susu pekat manis
½ cawan air suam
7 sudu besar Milo
7 sudu besar serbuk koko


1 peket biskut Marie (pecah-pecahkan menjadi kecil)
Cara:
Bahan A:
Pukul butter dan gula sehingga kembang. Masukkan telur dan esen vanilla.

Bahan B:
Campurkan Milo,serbuk koko dan susu.Kacau sehingga Milo dan serbuk koko tidak berketul.Kemudian masukkan air suam.Kacau sehingga rata.

Campurkan bahan A dan B di dalam satu periuk.Masak di atas api yang kecil.Kacau sehingga bancuhan menjadi pekat dan mendidih.Masukkan biskut marie yang telah dipecah-pecahkan tadi.Kacau sehingga rata.Tutup api.Tuang ke dalam loyang dan tekan-tekankan.Apabila acuan sudah sejuk masukkan ke dalam peti ais.
Tambahan:
Sebelum masukkan acuan ke dalam loyang.Lapikkan loyang dengan plastik untuk memudahkan ia di potong.Dan sebelum masukkan ia ke dalam peti ais. Cover loyang tu dengan plastik bagi mengelakkan air ais masukkan ke dalam acuan kek.

Rahsia Peribadi melalui Buah kegemaran

Semua orang mempunyai buah kegemaran masing2. Menurut kajian, manusia mempunyai hubungan yang erat dengan alam semuala jadi khususnya tumbuh2an seperti buah2an. Terdapat 7 kategori buah2an yang mempengaruhi kehidupan manusia iaitu:


1. Jenis limau contohnya oren, lemon, limau nipis dan limau barli
Kamu cenderung kepada warna2 cerah dan gemarkan sesuatu yang mencabar. Rakan2 kamu pula gemar merujuk sesuatu perkara mahupun masalah kepada kamu. Ini kerana kamu sendiri mempunyai kemampuan dan kebolehan yang unik sehingga rakan2 kamu yakin dengan nasihat dan pandangan kamu itu. Orang luar sukar untuk menilai dan mengenal diri kamu yang sebenarnya. Mungkin mereka boleh mengenali kamu dengan lebih rapat, namun ia memakan masa yang agak lama. Kadangkala kamu hanya peruntukkan masa yang singkat untuk bersendirian. Kamu gemar berehat dan bersendirian hanya untuk tempoh seketika. Rakan kamu akan berasa senang dan tenang bila meluangkan masa dengan kamu. Kamu tergolong antara individu yang gemar bergembira dan menggunakan waktu yang terluang dengan sebaik mungkin melakukan perkara2 yang menyeronokkan kamu.

2. Buah2an tropika contohnya pisang, betik, jambu, kiwi dan nanas
Kamu sukakan pengalaman2 yang baru. Kamu gemar mencuba pelbagai jenis buah2an dengan pelbagai perisa sebanyak dan sekerap yang boleh. Orang di sekeliling kamu selalu menghadapi masalah dengan kamu kerana cara hidup kamu yang terlalu aktif. Kamu tidak sukakan sesuatu yang melibatkan kesakitan pada emosi kamu. Kebiasaannya pasangan kamu terdiri daripada individu yang tenang berbanding kamu dan semestinya si dia menerima kamu seadanya. Kamu gemar meluangkan masa dengan individu yang akrab dengan kamu. Teman2 beranggapan diri kamu seorang yang mudah didekati dan gemar berseronok. Hakikatnya kamu ada pendirian tersendiri. Kamu tidak suka menunjukkan kesedihan pada orang sekeliling. Simbol kamu itu melambangkan kamu seorang yang suka mengambil berat dan gemar berseronok.

3. Jenis buah ladang .Contohnya epal dan pear
Kata kuncinya ialah kekuatan. Kamu bukan sahaja kuat pada diri sendiri tetapi kamu juga mampu menjadi tunjang kekuatan oleh individu yang berada di sekeliling kamu. Ini kerana kamu bijak membebaskan diri kamu dari tekanan hidup dan kamu sendiri tidak mudah mengalah. Sikap pentingkan diri sendiri tidak terkandung dalam keperibadian diri kamu. Kamu cenderung berdiri atas kaki sendiri, tidak bergantung harapan kepada orang lain untuk hidup. Ramai beranggapan kamu adalah seorang yang berpengetahuan luas dan itulah hakikatnya. Kamu gemar mencari ilmu dan berusaha melakukan sesuatu yang terbaik dalam kehidupan kamu berdasarkan pengetahuan yang dimiliki. Kejayaan pasti menyebelahi kamu dalam setiap yang kamu lakukan.

4. Jenis tembikai contohnya tembikai dan tembikai susu
Seorang yang murah hati dan gemar menghulurkan bantuan kepada yang memerlukannya. Bagi kamu, wujudnya kepuasan apabila kamu berjaya membantu orang lain. Kamu berhati2 dalam memilih tumbuh2an yang ingin ditanam di kawasan tempat tinggal kamu. Kamu memiliki ramai teman rapat, ini kerana kamu memiliki keperibadian yang romantik. Kamu berusaha gigih bagi mengatasi kegagalan atau kekecewaan dalam hidup. Melambangkan seorang individu yang berhati2.

5. Buah2an jenis beri .Contohnya blackberi, blueberi, strawberi, rasberi, cranberi, anggur dan tomato
Kamu gemarkan party dan keseronokan. Suka menggembirakan orang lain dan mudah mendapat teman baru kerana kamu seorang yang ramah. Kamu berusaha melakukan apa sahaja untuk menjadikan sesiapa sahaja sebagai teman. Bercita rasa unik hinggakan makanan yang menjadi pilihan kamu adalah terdiri daripada makanan2 yang berperasa lain daripada yang lain. Personaliti kamu sukar dinilai kerana wujudnya kepelbagaian personaliti dalam diri kamu. Walau bagaimanapun, keseluruhan personaliti ini saling berkait rapat dan sekali gus menonjolkan diri kamu yang unik dan memiliki keistimewaan tersendiri. Simbol kamu melambangkan kamu seorang yang berpesonaliti.

6. Jenis kekacang .Contohnya walnut, hazel, gajus dan lain2
Seorang yang moody. Kekadang mood kamu berubah2 tanpa sebab. Ketegasan adalah lambang keperibadian kamu. Sekiranya kamu yakin kamu dipihak yang benar, kamu pasti berdegil dengan pendirian kamu itu. Orang yang berada di sekeliling kamu akan sentiasa bersikap lebih berhati2 kerana kedegilan kamu itu. Dalam percintaan, kamu adalah individu yang setia. Sanggup mengetepikan teman2 hanya kerana ingin meluangkan masa dengan si dia. Untuk mengenali kamu, seseorang itu perlu memperuntukkan waktu yang agak lama bagi memahami dan mengenali kamu dengan lebih dekat. Walau bagaimanapun, kesabaran dan kesungguhan individu itu pasti berhasil jua akhirnya. Simbol kamu ini membuktikan kamu adalah seorang yang berpendirian.

7. Buah2an jenis labu .Contohnya kundur
Kamu seorang yang berpandangan jauh. Bagi kamu, wujudnya pelbagai perkara yang berlaku di dunia ini dan segala2nya melebihi dari pa yang mampu manusia lihat. Kamu sering berperasaan curiga. Individu di sekeliling kamu seakan terkejut dengan pengetahuan yang kamu miliki. Boleh dikatakan setiap persoalan yang mampu kamu huraikan akan menjadi satu kejutan terhadap teman2. Mereka akan bergantung kepada kamu dan sikap ambil berat kamu itu pasti dihargai. Tekanan kerja yang kamu alami akan mendukacitakan kamu, tetapi lama kelamaan semangat kamu akan kembali pulih malah kamu lebih bersedia dalam menangani cabaran2 yang mendatang. Cenderung pada warna2 yang pelbagai. Kamu melambangkan diri kamu seorang yang bersopan santun dan memiliki hati yang lembut.

Walau apapun buah2an kegemaran anda, ia tidak semestinya sama dengan apa yang dinyatakan. Yang pastinya setiap orang mempunyai keperibadianya tersendiri.

MyHealth Essential: APIO50: THE BEST SOLUTION!!!

MyHealth Essential: APIO50: THE BEST SOLUTION!!!: "MESTI TENGOK!!! VIDEO NI MENJELASKAN SECARA TERPERINCI TENTANG PRODUK APIO50 INI.... DARI MANAKAH IA DIDAPATI?? APA ITU CHITOSAN?? BAG..."

Ahad, 3 Julai 2011